Saya ingin terbalikkan posture posting ini dengan mengatakan mungkin ia lebih baik dibaca oleh mereka yang berada di bawah dan bukan mereka yang berkedudukan selaku pemimipin. Saya katakan demikian supaya kita dapat menghargai seseorang pemimpin yang berlagak dengan cara tertentu.
Di dalam buku “The Leadership Challenge” hasil nukilan James Kouzes dan Barry Posner terdapat lima jenis amalan kepemimpinan yang dikatakan amat berkesan. Dan kini ia telah menjadi ukuran global dalam dunia kepemimpinan perniagaan dan telah menjana keuntungan bersih kepada syarikat yang mengamalkannya sehingga 841%. Manakala syarikat perniagaan yang tidak mengamalkannya mendapat purata kerugian sehingga -49%.
Tetapi amalan ini tidak hanya benar dalam dunia perniagaan. Ia juga benar dalam setiap bidang kehidupan. Saya ingin kongsikan kelima-lima amalan tersebut.
1 Jadikan Kejayaan Sebagai Satu Model
Mari kita belajar mencontohi kejayaan seseorang. Seorang pemimpin membantu orang lain untuk berjaya. Dia menyediakan satu ukuran kecemerlanganleader image by dead_account from Fotolia.com. Dia juga mengujudkan satu prinsip bagaimana melayani orang yang berada di peringkat tertentu: sesama sendiri, pelenggan dan anggota. Dia juga memberi semangat dan membantu orang bawahannya mencapai kejayaan dalam sasaran-sasaran kecil untuk mencapai sasaran yang besar-besar. Pemimpin yang berjaya menjadi medan penghubung di antara pekerja dan majikan. Dia memberikan arahan kepada orang bawahannya; sementara itu dia sentiasa berunding dengan orang atasannya bagi pihak orang yang di bawahnya.
2 Bangkitkan Visi
Pemimpin memiliki keyakinan dalam diri sendiri. Dia juga berkeyakinan pada diri orang lain. Mereka percaya orang lain pun dapat memperbaiki keadaan diri mereka sendiri. Mereka mesti mengilham visi bersama untuk masa hadapan. Dia mesti membawa orang lain terlibat dan giat serta punya semangat yang bergelora akan masa hadapan syarikat atau organisasinya. Dia mesti membuat setiap orang terlibat serta merasa diri mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri. Seorang pemimpin adalah lembut, menghormati tetapi tegas. Dia mesti memiliki keyakinan diri yang kuat serta kemampuan yang mengagumkan.
3 Hadapi Cabaran Baru
Pemimpin tidak takut menguji atau menerokai perkara yang baru.In the spotlight image by Sophia Winters from Fotolia.com Dia tidak menerima sebarang perkara atau keadaan semata-mata kerana ia berkeadaan seperti itu selama ini. Dia tidak takut memperkenalkan pembaharuan yang berpotensi. Dia menerima kegagalan yang tidak dapat dielakkan dan menggunakan kegagalan itu untuk membangkitkan pertumbuhan seterusnya. Dia menerima yang baru dan menanggalkan yang lama. Dia mengambil risiko untuk mencapai pembaharuan yang kekal.
4 Memberi Kuasa Kepada Orang Lain
Pemimpin mendorong perkongsian dan kerjasama serta menyemai semangat juang yang kuat. Mereka mencipta suasana saling menghormati, ia diamalkan di mana manusia dilayan dengan ramah pada setiap masa. Mereka memampukan orang lain dengan cara menumpukan perhatian kepada kekuatan lebih daripada mengintip kelemahan orang lain. Pada akhirnya mereka membuat orang lain berasa positif dan dikuatkan untuk mencapai sasaran mereka. Pemimpin mendorong orang supaya meminta pertolongan jika memerlukan pertolongan tanpa merasa malu. Pemimpin menolong menimbulkan yang terbaik di dalam diri orang.
5 Tingkatkan semangat dan keyakinan
Pemimpin mewujudkan keyakinan diri yang sihat. Mereka menyemai harapan dan komitmen. Pemimpin dapat membuat orang lain berasa baik terhadap diri sendiri dengan cara mengakui sumbangan mereka secara peribadi atau secara kumpulan. Pemimpin memotivasikan orang supaya yakin benar dapat mencapai sasaran mereka dan memberitahu bahawa mereka adalah penting dan menjadi sebahagian penting dalam pasukannya. Pemimpin berusaha untuk memastikan hubungan adalah positif, sihat dan profisional untuk meningkatkan penghasilan.
Kita semua adalah pemimpin di peringkat masing-masing dan dalam banyak situasi dan amalan ini mungkin baik untuk kita.
Share on Facebook

